Masa saya berjumpa seorang pelajar yang berumur 14 tahun, beliau tak banyak bercakap. Ibu beliau berkata, MATA ANAKNYA SELALU LARI. Bila penilaian penglihatan dilakukan, adik ini tidak mahu memberikan respon yang baik.
Saya hentikan sementara 'test' pada adik ini, dan mengalihkan pandangan pada ibunya. .
"Apa perkara yang paling suka anak Puan buat? "
Inilah salah satu teknik yang saya gunakan agar adik ini membuka 'ruang' pada saya untuk berinteraksi.
Bila ibunya buka cerita, adik ini mula tersenyum.
Yes! Senyuman seperti inilah yang saya perlukan.
"Ok, adik kena baca huruf kat depan tu nanti, baca kuat-kuat ya!"
Lebih mudah untuk saya cek.
.
.
Di akhir ujian yang saya buat, adik ini mempunyai satu keadaan yang dinamakan 'Intermittent Exotropia'.
Ia berpunca dari skill untuk melihat pada jarak yang dekat, dalam keadaan yang sangat lemah.
Bila adik ini melihat pada jarak dekat, mata kanannya akan mengarah keluar, tapi bila memandang jauh, matanya ok dan 'centre'.
Keadaan yang banyak kali pemeriksa mata terlepas pandang.
Dalam artikel dahulu saya namakan keadaan ini Juling Sekejap-sekejap.
'Sekejap ada, sekejap tak ada.'
.
.
Bagi kes adik ini, ia petanda sistem penglihatannya, bekerja dalam keadaan yang sangat penat.
"Sekarang dah tak sakit kepala. Dulu-dulu adalah." kata adik ini.
Ini lah yang merisaukan saya lagi. Mata adik ini telah diprogramkan untuk MENJADI JULING apabila membaca.
Dulu-dulu rasa ;
+ Tulisan buku bergerak-gerak. Kena pejamkan mata 'kuat-kuat' baru ok balik.
+ Sakit kepala.
+ Sakit di bahagian kening.
+ Lebih suka tutup sebelah mata ketika membaca.
.
.
"Saya dah perasan mata anak saya ni lari, sebab itu saya dah ambil rawatan dekat hospital swasta."
"Tapi nampak sama sahaja. Baru-baru ni ketara sangat matanya lari." Kata ibu adik ini yang mula menunjukkan sedikit emosi.
Berat hati saya melihat 'preskripsi' power yang diberikan kepada saya. Ia hanya semata-mata power selama 6 tahun.
"Saya tak tahu dekat mana nak rujuk. Saya ingat tindakan saya betul untuk merawatnya."
.
.
Saya berikan penerangan satu persatu. Dari cara kita melihat secara normal, sehinggalah kepada bagaimana bermula dan proses menyebabkan mata lari keluar.
.
.
Saya telah syorkan beberapa cadangan untuk atasinya.
"Ia bukan satu jaminan mata tidak akan lari lagi, tapi kita akan cuba 'ajar' semula mata, untuk guna kedua-dua matanya ketika membaca." kata saya.
Setelah 1 tahun 5 bulan dalam rawatan, mata adik ini telah kembali menggunakan dua-dua matanya setiap kali melakukan aktiviti membaca.
Tidak perlu untuk menunggu sehingga 6 tahun.
-Shahrizal Redwan, Optometris.
Rizal Optometris, Kuala Kangsar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: