Inilah apa yang dapat saya simpulkan LUAHAN HATI, bila seseorang ada power yang sangat tinggi. Power tahap RIBU-RIBU!
.
.
Masa mula-mula datang buat kali pertama ke praktis saya, Suhana datang dengan ibunya.
Bertudung labuh, mahukan ganti spek yang dah dua tahun pakai.
"Anak saya ni nak 'posting' dekat Hospital Taiping, tu nak buat spek baru ni."
Dalam bilik cek mata,
"Tengok dekat sini, (rekod yang tertulis sejarah penglihatan Suhana), setiap tahun power naik. Saya test tadi pun, rabun jauh Suhana ini dari jenis 'Functional Myopia'."
Dah kena cerita dekat 10-15 minit tentang jenis rabun ni.
(Cakap dengan doktor perubatan, kenalah ikut gaya kes demi kes. Punca demi punca. Fuhhh!😅)
.
.
Dalam bicara itu juga saya perasan, berulangkali perasaan rendah diri yang wujud pada Doktor muda ini.
Ia berkait rapat dengan penampilan akan cermin matanya.
"NAMPAK TEBAL."
Saya pun berikan 3 tip pada beliau apa yang kita boleh buat tentang isu ini ;
+ Pilihan bingkai (jenis, 'cutting', warna dan saiznya).
+ Jenis ketumpatan kanta.
+ Pilihan aksesori yang ditawarkan pada kanta tersebut (rawatan permukaan, teknik 'gloss').
.
.
.
Keluar dari bilik cek mata, saya panggil Shafika, staff senior saya,
"Cik Shafika bantu Dr Suhana ni, pilih frame yang sesuai, tak bagi nampak tebal sangat ya."
Pesan saya.
.
.
Kelmarin Doktor Muda ini mengambil tempahan cermin matanya.
Saya buat sedikit adjustment, dan senyuman beliau hari inilah yang paling lebar saya nampak.
Bila saya letak spek lama dan spek baru sebelah menyebelah atas meja, beza-memang berbeza!
Terus nak pakai yang baru sahaja! Tunjuk dekat ibunya,
"Ini baru orang konfiden kalau nak cucuk-cucuk orang!" Kata ibunya berseloroh..
Hehehe..
.
.
"Anak saya sorang lagi pun nak buat. Power pun kuat juga."
Anak Puan ini, Syahirah, pula seorang Doktor Gigi.
Hebat-hebat anak Puan ni!!!
.
.
Ketumpatan paling tinggi yang dapat diberikan oleh kanta plastik adalah pada unit 1.74 (diiktiraf paling padat di dunia).
Manakala kalau kanta kaca boleh mencecah sehingga 1.90.
Ketumpatan kanta juga dikenali dengan nama 'High Index'.
Shahrizal Redwan
Optometris
Rizal Optometris