"Mak, adik tak boleh jawab exam, adik dah cuba. Sakit kepala sangat."
"Mama, kakak sakit kepala di sekolah tadi."
"Ummi, adik tak boleh tangkap bola macam kawan-kawan adik, kenapa ummi?"
"Ayah, along tak larat nak pergi kelas agama petang ni, along rasa penat."
"Papa! Boboi tak boleh buka mata! Pening sangat! Matahari ni terang sangat!."
---------------------------------------------------
Ibu & Ayah yang hebat,
---------------------------------------------------
Ibu & Ayah yang hebat,
Anak-anak tidak akan mengadu tanpa sebab.
Ada juga yang hanya mendiamkan diri kerana tidak tahu bagaimana hendak memberitahu.
Bersikap terbukalah wahai Ibu & Bapa yang budiman.
Luangkan masa untuk membawa permata hati kita ini berjumpa Optometris bertauliah.
Pinta mereka lakukan 'Ujian Kesihatan Penglihatan' pada anak-anak amanah dari Allah S.W.T ini.
Dapatkan khidmat nasihat mereka.
Mereka pasti sedia membantu.
Apabila penglihatan semakin baik, anak-anak akan lebih mudah melihat dan memproses maklumat.
Dorongan inilah yang diperlukan oleh anak-anak kita untuk terus minat belajar dan lebih yakin di hadapan rakan sebaya.
Dunia mereka akan bersinar kembali.
019 4477963
seeeyeoptometry@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: