Ahad, 30 Ogos 2015

Tangkai ‘frame’ CERMIN MATA patah, NYAWA BOLEH MELAYANG !


Bayangkan ketika kita sedang memandu ditengah jalan raya tiba-tiba tangkai ‘frame’ tercabut dengan sendirinya.
“Aduhhhh.. ! Masa ni la ko nak patah !" 
Amat merbahaya jika cermin mata yang rosak tadi langsung tidak boleh dipakai. Kemalangan meragut nyawa boleh terjadi kerana penglihatan dan pemanduan menjadi tidak sempurna.
Kita andaikan tangkai kanan ‘frame' telah patah. Terpaksalah di pegang cermin mata dengan tangan kanan. Tangan kiri pula mengemudi stereng. TANGAN KANAN INI MENGHALANG SEBAHAGIAN PENGLIHATAN ! 
Kita bukanlah ahli sarkas yang terlatih untuk melakukannya.
Walaupun cermin mata tersebut boleh digunakan lagi, kedudukannya akan menjadi senget dan tidak selari dengan mata.
Ketidakselesaan dan sakit kepala akan muncul selepas beberapa ketika.
Berhentikan kereta sebentar, gunakanlah pita pelekat. Semua jenis boleh digunakan walaupun ia adalah 'plaster luka’.
Pita pelekat adalah ‘sahabat’ baik ketika ‘frame’ cermin mata seseorang itu rosak. Ia juga “BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA PEMAKAI CERMIN MATA.” 
Dikategorikan sebagai alat tulis, ia mampu membaiki cermin mata yang rosak di waktu kecemasan. 
Pastikan Ia sentiasa ada didalam kereta atau didalam beg anda.
Boleh pujuk isteri supaya sentiasa membawanya. Kerana beg mereka kan besar?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...