Jumaat, 28 Ogos 2015

RONALDO, masih boleh menjaringkan gol walaupun 'BUTA' !!

RONALDO, masih boleh menjaringkan gol walaupun 'BUTA' !!

“Man, tengok video ni. Ronaldo jaringkan gol dalam keadaan ‘totally blind'! Kagum aku!” kata Adam, rakan sebilik aku yang memang meminati sukan bola sepak.
“Perghhhh!! Patut la dia ni pemain no 1 dunia! Kalau aku, mau tanduk angin je ni.” balas aku.
Rupanya 'totally blind' kerana menjaringkan gol dlm keadaan 100% gelap gelita.
Eksperiman yang dilakukan oleh saintis ini bagi mengkaji kehebatan atlit pujaan ramai ini.
Video tersebut kami ulang tayang sehingga tiga kali. Kagum! Rasa nak pergi cuba di gelanggang futsal.
Walaupun aku dan Adam mengambil jurusan OPTOMETRI semester ke dua, kami tiada penjelasan secara ilmiah.
Kami cuba mengaitkannya dengan asas penglihatan yang dipelajari di dalam kuliah.
Binocular Vision?
Geriatrik?
Pediatrik?
Kulinatik?
Matematik? 
“Hahahaha… kau pun ‘blurr’ macam aku”
Gelak Adam. 
Pagi esoknya kami ada kuliah ‘Vision Perception’. Mungkin boleh dapat jawapan.
Adam akan sentiasa setia membonceng dibelakang motor aku.
“Kita sudah lambat ni Man! Kau faham je lah Prof Zulhaidi tu.” Aku pecut lebih laju memasuki Bulatan Pahang yang terkenal dengan sesaknya itu.
Kami sempat tiba sebelum Prof memulakan kuliahnya.
Setelah habis kuliah, kami berbincang dengan Kamal, rakan satu kepala dengan kami.
"Mal, tengok video ni!" kata Adam sambil menghulurkan ‘smartphone'nya.
"Jom google dulu macam mana Ronaldo ni boleh jaringkan gol!" kata Kamal setelah menontonnya.
Tidak sampai sepuluh minit, Adam terjumpa artikel yang ditulis oleh Dr Stephen Simpson menerangkan skill hebat yang ada pada Ronaldo.
"Ronaldo mempunyai kelebihan luarbiasa kerana tubuh dan fikirannya lebih mempercayai minda separa sedar berbanding minda sedarnya sendiri. Memori pergerakan tubuh yang perlu dilakukan untuk menjaringkan gol, semuanya disimpan pada Minda Separa Sedar."
"Orang biasa pula terlalu banyak bergantung kepada minda sedarnya."
"Sebab itulah Ronaldo boleh menganggar jarak gol, berapa kelajuan larian, berapa ketinggian bola, dan kekuatan tandukan yang diperlukan untuk menjaringkan gol. Walaupun dalam keadaan 100% gelap."
"Skill ini dikenali sebagai 'Visualisation’” .Ronaldo boleh ‘membaca’ tendangan bola oleh pemain lain dan menjaringkannya walaupun tiada cahaya sebelum tendangan di lakukan.
Fuhh.. Barulah aku faham dan boleh terangkan pada rakan optometri yang lain. 
Rasa nak tunjuk riak pun ada.. Hahahaha.
Dr Stephen juga mengingatkan bahawa skill ini boleh diasuh untuk digunakan apa jua bidang yang diceburi.
Nantikan artikel mengenai 'Visualistions' dan kesannya terhadap kerjaya jika anda berjaya menguasai kemahiran tahap Ronaldo ini !
Oh ! tertinggal pula!
GO !! GO !! GO !! Manchester United !!
GO !! M.U !!
(Ronaldo bekas pemain M.U)
Jangan marah aaa.. smile emoticon

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...